Bandar raya Quebec

Quebec (/kwᵻˈbɛk/ ( dengar) atau /kəˈbɛk/;[9] Bahasa Perancis: Ville de Québec, Bahasa Abnaki Barat: Kephek[10]), juga dikenali sebagai Québec, Quebec City atau Québec City (Bahasa Perancis: Ville de Québec)[11] ialah ibu kota kepada provinsi Quebec, salah satu provinsi Kanada di wilayah Capitale-Nationale. Ia merupakan bandar raya yang kedua terbanyak penduduk di Quebec, selepas Montreal yang terletak sekitar 233 kilometer (145 bt) di barat daya. Menurut Banci Kanada 2006, bandar rayanya mempunyai491,142 penduduk,[12] manakala kawasan metropolitannya mempunyai 715,515 orang.[13]Penyempitan Sungai Saint Lawrence berhampiran tanjung tinggi bandar raya Cap-Diamant (Tanjung Diamond), dan Lévis, di tebing yang bertentangan, memberikan nama kepada bandar raya Kébec, sepatah perkataan Algonquin yang membawa pengertian "di mana sungai menyempit". Diasaskan pada 1608 oleh Samuel de Champlain, Bandaraya Quebec ialah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara. Kubu yang mengelilingi Quebec Lama (Vieux-Québec) ialah satu-satunya tembok kota berkubu yang masih wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika dan telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 'Daerah Bersejarah Québec Lama' oleh UNESCO pada 1985.[14][15]Pelbagai pesta diadakan setiap tahun, termasuklah Pesta Musim Panas, Karnival Musim Sejuk, dan pesta Château Frontenac, hotel yang menguasai latar langit bandar raya. Perhimpunan Kebangsaan Quebec, Musée national des beaux-arts du Québec (Muzium Negara Seni Halus Quebec), dan Musée de la civilisation (Muzium Peradaban) terletak berhampiran Vieux-Québec.

Bandar raya Quebec

• Darat 453.38 km2 (175.05 batu persegi)
• Kepadatan 1,173.2/km2 (3,039/batu persegi)
• Datuk bandar Régis Labeaume
Negara bersejarah Kerajaan Perancis
Kerajaan Britain
• Metro 800,296 (ke-7)
Zon waktu UTC−05:00 (EST)
• Urban 705,103[8]
• Kepadatan urban 1,648.7/km2 (4,270/batu persegi)
Kawasan Capitale-Nationale
Wilayah perbandaran/Borough
Mula diduduki 11 Oktober 1535,
oleh Jacques Cartier
• Ahli Majlis Negara
Laman web www.ville.quebec.qc.ca/en/
Ketinggian[7] 98 m (322 ft)
Poskod
• Jenis Majlis Bandar Raya Quebec
Komuniti metropolitan Communauté métropolitaine de Québec
Diasakan pada 3 July 1608,
oleh Samuel de Champlain
• Musim panas (DST) UTC−04:00 (EDT)
Dibentuk pada 1 Januari 2002
• Ibu kota provinsi 531,902 (ke-11)
• Menteri
Diperbadankan pada 1832[3]
• Kepadatan metro 234.8/km2 (608/batu persegi)
Kod kawasan
  • 418
  • 581
  • 367
Negara Kanada
Provinsi Quebec
• Pop 2011–2016 ▲ 3.0%
Gabungan Gabungan Bandar Raya Quebec